Empat Pos Kawalan Hadapan, PKH di buka di Hulu Langat, Selangor sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di daerah itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sehubungan itu anggotanya ditempatkan di PKH berkenaan bagi memantau situasi semasa.

Empat PKH berkenaan akan dibuka di Batu 14, Sungai Serai, Sungai Lui dan Dusun Tua.

Berhubung situasi semasa paras air di Sungai Lui, Norazam berkata, walaupun paras air kembali normal, pihaknya sentiasa membuat pemantauan paras air di sungai berkenaan.

Beliau ditemui selepas meninjau persediaan gelombang kedua banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini