Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus mencipta sensasi di persada antarabangsa.

Bonnie menepati ramalan apabila memenangi pingat emas dalam kategori atas 72 kilogram pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, lewat malam tadi.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu memastikan emas menjadi miliknya menerusi angkatan seberat 210 kilogram sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenanginya pada edisi 2019 di Kazakhstan.

Atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak itu mengatasi pencabar terdekatnya dari China, Hu Peng yang meraih perak dengan catatan 196 kilogram  manakala atlet Mesir, Shaaban Ibrahim memenangi gangsa dengan angkatan 195 kilogram.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi Facebook menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Bonnieitu yang disifatkannya sebagai sesuatu yang membanggakan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini