Berbaki hanya sebulan menjelang Sukan Komanwel 2022, atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin kini meletakkan sepenuh tumpuan terhadap latihan untuk memperbaiki rekod peribadi di temasya berkenaan.

Menurutnya, walaupun diletakkan sebagai salah satu sasaran pingat emas, dia enggan terlalu memikirkannya. Pembawa Jalur Gemilang itu kini dalam fasa terakhir latihan untuk memperbaiki aspek teknik dan jenis angkatan.

Bonnie yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo, ditemui di Kompleks Kecemerlangan Sukan Kg Pandan ketika sesi lawatan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya.