Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara pada Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 yang berlangsung di Pyeongtek, Korea Selatan.

Bonnie berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram menerusi angkatan terbaiknya seberat 213 kilogram pada percubaan ketiga.

Pada percubaan pertama, Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya melakukan angkatan seberat 203 kilogram, diikuti 209 kilogram pada percubaan kedua.

Persaingan antara enam peserta pada kejohanan itu menyaksikan atlet dari China, Hu Peng; melakukan angkatan 200 kilogram dan Bekzod Jamilov (180 kilogram) dari Uzbekistan; masing-masing meraih perak dan gangsa.

Bonnie sebelum ini meraih emas Kejohanan Powerlifting Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, Disember lalu dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lalu.

Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania merupakan antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini