Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan (CUEPACS),Datuk Azih Muda berharap kerajaan dapat memberi bonus aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara. Jelas Datuk Azih,CUEPACS sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung perkara berkenaan. Menurutnya,CUEPACS berharap agar permintaan bonus aidilfitri kira-kira RM 1,000 bagi penjawat awam dan RM 500 untuk persara dipersetujui kerajaan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) bersama Presiden CUEPACS di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang malam tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini