pemain Kuala Lumpur City FC menerima tonik terbaik menjelang aksi final malam ini apabila mereka dijanjikan bonus khas sekiranya berjaya menjulang Piala Malaysia 2021 dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata insentif itu akan diberi sebagai penghargaan jika skuad ‘The City Boys’ mampu menamatkan kemarau 32 tahun, selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia pada 1989.

Menurutnya, meskipun pasukan itu hanya berbekalkan dana yang rendah, komitmen para pemain, pihak penaja serta pengurusan telah menjadi pembakar semangat untuk mereka mempamer prestasi cemerlang sehingga berjaya mara ke pentas final.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini