Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) yakin sinergi “Book to Screen” yang kini menjadi trend dalam industri kandungan kreatif perlu terus diperhebatkan.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin kerjasama antara penulis novel dan penerbit dapat melahirkan lebih ramai pengarah yang inovatif dalam melahirkan sesebuah karya yang bermutu tinggi.

K-KOMM menerusi FINAS akan terus memperkasakan pembangunan industri kandungan kreatif di Malaysia dan memacu kejayaan negara di pentas Oscar. Beliau berkata demikian selepas merasmikan supertelefilem “bangkitkan aku kembali” hasil adaptasi pemenang Anugerah Buku Negara 2018.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini