Sebuah bot membawa 60 pendatang asing tanpa izin, PATI karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, Johor, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, 21 mangsa terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita dilapor selamat.

Manakala 10 mayat, iaitu empat wanita dan enam lelaki ditemui Tentera Darat Malaysia.

29 lagi masih hilang.

Maritim Rescue Sub centre Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Penawar yang menerima maklumat Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot bersama PATI di pantai Tanjung Balau.

OP CARILAMAT diaktifkan 8.50 pagi dan menghantar pesawat AW139 Agusta, kapal KM Tegas dan Bot PETIR 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa yang hilang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini