Tiga anggota sukarelawan APM nyaris maut apabila bot dinaiki tenggelam dipukul arus deras di Sungai Tembeling, Kuala Tahan.

Mereka ketika itu dalam perjalanan ke perkampungan orang asli di Kampung Aur dekat Kuala tahan untuk misi menghantar bantuan.

Ketua Polis Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, bot tersebut dipukul arus deras ketika tiba di Jeram Panjang 

Bot yang dinaiki pecah dan barang-barang bantuan dibawa arus sungai yang deras. 

Ketiga-tiga sukarelawan APM berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai.

Mereka juga mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kuala Tahan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini