Lapan nelayan berumur 27 hingga 56 tahun, terselamat selepas bot dinaiki karam berhampiran Pulau Seri Bulat, Johor. Kesemua mangsa diselamatkan oleh bot pemancing yang melalui lokasi kejadian.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laskamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata ketika kejadian, kesemua mangsa yang memakai jaket keselamatan, berpaut pada bot tersebut, kira – kira dua jam. 

Siasatan mendapati punca karam adalah kerana kebocoran yang mengakibatkan air masuk ke dalam bot.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini