Dua kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw, Nanga Sungai Semawang, Kapit, Sarawak ditemukan lemas pagi tadi.

Maklumat Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, memperincikan mayat mangsa pertama, Damien Dashlley Sedan anak Donny, 9 tahun ditemukan orang awam tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Nanga Embuau pada pukul 7.15 pagi.

Mangsa kedua, Chsea Charity Darrie anak Ricky, 10 tahun pula dijumpai orang awam di kawasan Song pada pukul 7.55 pagi.

Dalam kejadian Selasa lepas, kedua-dua kanak-kanak itu dilaporkan sedang mandi bersama keluarga di tebingan sungai sebelum hilang dibawa arus.

Sementara itu di Lubok Antu, Sri Aman, tujuh individu selamat dalam kejadian bot karam yang berlaku di tasik Empangan Batang Ai kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Bomba Zon 3, Ramlan Marajan memaklumkan, kesemua mereka berusia antara 13 hingga 44 tahun, dalam perjalanan ke Rumah Panjang Nanga Stapang dari jeti di Batang Ai.

Ketika perjalanan menghampiri sebuah pusat peranginan di empangan berkenaan, bot perahu panjang dengan enjin 15-kuasa kuda karam dipukul ombak.

Walaubagaimanapun semua mangsa berjaya berpaut di bot itu dan berenang ke sebuah pulau kecil berdekatan.

Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Lubok Antu untuk mendapat rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini