Perkembangan tragedi bot Pendatang Asing Tanpa Izin karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
 
Operasi Carilamat memasuki hari ketiga menyaksikan tiada mayat baharu ditemui setakat pukul lapan pagi tadi. Jumlah keseluruhan penumpang maut, KEKAL 19 orang.

Manakala yang terselamat, 14 orang.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa memaklumkan, sektor operasi hari ini diperluaskan, sehingga 214.8 batu nautika persegi, meliputi Tanjung Balau hingga Tanjung Penawar.

Seramai 128 anggota penyelamat di darat, udara dan laut, digerakkan dalam operasi tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini