315 bot nelayan asing ditenggelamkan menjadi tukun tiruan, di perairan Pantai Timur semenanjung Malaysia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM dengan jumlah keseluruhan bernilai RM472.5 juta.
 
Jumlah itu termasuk tiga bot nelayan vietnam yang ditenggelamkan di perairan Pulau Tioman bernilai RM4.5 juta.

Setelah didapati bersalah menceroboh perairan negara dan dilucutkan hak oleh mahkamah, APMM mengambil inisiatif melupuskan bot-bot terbabit dengan menenggelamkannya menjadi tukun tiruan.
 
Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, sembilan lagi bot nelayan asing kini berada bawah pengawasan APMM Pahang untuk dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah.

Pencerobohan nelayan asing merugikan nelayan tempatan.
 
Justeru, beliau menyarankan agar nelayan tidak hanya menangkap hasil laut di persisir pantai, sebaliknya pergi lebih jauh ke sempadan, agar sumber dikawasan terbabit tidak dirompak nelayan negara jiran.
 
Dengan langkah itu, mereka juga berperanan sebagai “mata dan telinga” pihak berkuasa, dalam usaha mengekang pencerobohan nelayan asing.
 
Penenggelaman bot-bot ini juga dapat bertindak sebagai tukun tiruan yang berperanan sebagai tempat perlindungan hidupan marin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini