Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) mengumumkan dua rakyat negara itu disahkan positif varian Omicron COVID-19.

Sekaligus menandakan kes pertama yang disahkan di Amerika Latin.

Menurut ANVISA, seorang pengembara yang tiba di Sao Paulo dari Afrika Selatan dan isterinya yang tidak menyertai perjalanan itu disahkan positif Omicron.

Pengembara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo pada 23 November dengan keputusan negatif COVID-19.

Tetapi pasangan itu disahkan positif sebelum perjalanan pulang.

Pengembara itu tiba di Sao Paulo sebelum Brazil menutup sempadannya dengan Afrika Selatan dan lima negara selatan Afrika yang lain dalam usaha menghalang penyebaran Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini