Brazil menolak bantuan kumpulan negara G7, untuk operasi memadam kebakaran di Amazon. Walaupun menghargai tawaran tersebut, Presiden Jair Bolsonaro berkata, pihaknya sedia melaksanakan operasi menggunakan sumber sedia ada. Terdahulu sidang G-7 di Perancis bersetuju memberi bantuan berjumlah 20 juta Euro kepada Brazil bagi misi memadam kebakaran di Amazon selain menghulurkan bantuan teknikal. Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar Brazil, Ricardo Salles berkata, negaranya mahu menggunakan dana tersebut bagi menggerakkan pasukan tentera memadam kebakaran hutan seluas 950 hektar. Bagaimanapun, keputusan itu diubah selepas Presiden mengadakan mesyuarat kabinet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini