Britain akan menyumbang 20 juta dos AstraZeneca kepada negara yang memerlukan menjelang akhir tahun ini. Ia sebagai sebahagian komitmen United Kingdom, UK untuk menderma 100 juta dos vaksin. 

Perdana Menterinya Boris Johnson menyeru rakan-rakan pemimpin negara G-20 untuk membantu memvaksin penduduk dunia menjelang akhir tahun depan. Jelasnya, UK menghantar 10 juta dos vaksin AstraZeneca kepada inisiatif COVAX dan beberapa minggu lagi tambahan 10 juta vaksin akan diserah kepada golongan rentan di dunia.

Dengan sumbangan tambahan berkenaan ia bermakna 30.6 juta dos akan diberikan kepada mereka yang memerlukan tahun ini.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini