Amerika Syarikat sedia menjalin perjanjian perdagangan yang komprehensif dengan Britain selepas ia keluar daripada Kesatuan Eropah, E-U. Presiden Donald Trump berkata, Britain adalah rakan terbesar Amerika Syarikat dan Washington komited menjayakan perjanjian perdagangan baharu dengan Britain. Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu global namun, isu Brexit mendominasi rundingan kedua-dua pihak. Presiden Amerika Syarikat itu sedang dalam lawatan rasmi ke Britain turut menjanjikan perjanjian perdagangan adil dengan Britain yang selari dengan aspirasi rakyat kedua-dua negara. Amerika Syarikat dan Britain juga bersetuju kerjasama sedia ada sangat kuat namun masih mempunyai ruang dipertingkatkan terutama selepas Britain keluar daripada E-U. Isu lain yang dibincangkan kedua-dua pihak termasuk isu nuklear Iran dengan dua pemimpin kuasa dunia bersetuju untuk tidak membenarkan republik Islam berkenaan membangunkan senjata nuklear. Strategi menangani ancaman perubahan cuaca, perang perdagangan dengan China dan juga cadangan menaikkan tarif terhadap produk Mexico.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini