Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di British Columbia, Kanada dijangka meningkat.

Keadaan meruncing itu memaksa kerajaan mengisyiharkan darurat di wilayah berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa telah mengesahkan satu kematian dan sekurang-kurangnya tiga individu hilang.

Hujan lebat dan tanah runtuh turut memusnahkan jalan raya serta meninggalkan bandar-bandar di kawasan pergunungan terperangkap.

8,000 penduduk terjejas di Meritt diarahkan berpindah berikutan paras air sungai meningkat dengan cepat dengan sebahagiannya masih terperangkap di kediaman masing-masing.

Bencana tersebut berkemungkinan menelan kos pemulihan tertinggi dalam sejarah Kanada.

Pemimpin British Columbia, John Horgan menyifatkan tempoh sukar ini sebagai peristiwa sekali dalam tempoh 500 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini