Seekor anjing mendapat tumpuan warganet selepas ia memiliki leher yang panjang.

Ditambah dengan tompok-tompak pada kulitnya menjadikan anjing bernama Brodie itu digelar ‘zirafah’.

Bordie merupakan baka anjing pemburu dikenali Azawakh; baka yang memang terkenal dengan sosok badan kurus dan panjang.

Pemiliknya, Louisa Crook dari Timur Tengah berkongsi cerita bagaimana dia bertemu anjing istimewa ini dalam satu tragedi.

Katanya, disebalik perhatian yang diterima, Bordie mempunyai kisah silam menyedihkan.

Jelas Crook, sewaktu Bordie kecil, ia pernah dilanggar sebuah kereta.

Impak insiden itu, Bordie kehilangan satu kaki depannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini