Kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), membuka Permohonan skim pinjaman ‘MyRinggit-i Banjir’ secara dalam talian bermula Isnin ini.
 
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pinjaman itu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mereka yang terjejas banjir.

Menurutnya, menerusi inisiatif itu, masyarakat dapat memulakan kehidupan baharu dan menggantikan peralatan rumah yang rosak.
 
Katanya, pinjaman sehingga maksimum 5 ribu ringgit itu tidak akan dikenakan sebarang faedah dan tempoh pembiayaan selama tiga tahun termasuk moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan gotong-royong bersama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membersihkan
kediaman mangsa banjir di Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Rangin, Kuantan, Pahang.

Bantuan itu boleh dimohon melalui e-mel ‘bantuanbanjir@bsn.com.my’ atau layari www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini