Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar 0 peratus dengan tempoh bayaran balik sehingga 3.5 tahun.

Ini termasuk moratorium bayaran balik selama enam bulan.

Pembiayaan itu melibatkan dana keseluruhan RM100 juta.

Selain itu BNM juga telah menyediakan Kemudahan Bantuan Bencana atau DRF melalui bank komersial sehingga RM500,000 kepada pengusaha PKS dan sehingga RM75,000 kepada usahawan mikro.

Setakat semalam, BSN telah menerima nilai permohonan sebanyak RM25 juta dan sudah meluluskan pinjaman bernilai RM10 juta.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail turut menyatakan syarikat automotif akan memberikan penawaran meliputi perkhidmatan tunda kereta, cuci kereta dan alat ganti kepada mangsa-mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan peribadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini