Akibat hidup miskin, seorang ibu anak lima nekad membuang bayi sendiri ke dalam tong sampah dan dengan selamba meninggalkan tempat itu menaiki motosikal, dalam kejadian di Thailand, Rabu lalu. Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam tindakan suspek yang berusia 29 tahun. Bayi terbabit ditinggalkan di lokasi berkenaan dalam cuaca panas selama kira-kira empat jam sebelum ditemui oleh pekerja pembersihan. Suspek berjaya dikesan sejurus saksi itu membuat laporan polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini