Penduduk sekitar Taman Dengkil Jaya, Dengkil, Selangor dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti air buat masa ini.

Ia selepas seekor buaya dewasa dilihat berada di dalam tasik di taman perumahan tersebut, lewat petang semalam.

Reptilia sepanjang 2.1 meter itu dipercayai tersesat dari sungai berdekatan.

Pihak bomba telah memasang sawar-sawar dan tanda amaran keselamatan di tasik berkenaan.

Jelas pihak itu, operasi seterusnya diserahkan kepada pejabat Perhilitan Hulu Langat untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini