Labuan yang lazimnya dikenali dengan industri minyak dan gas serta pusat kewangan antarabangsa, turut kaya dengan sumber alam khususnya perikanan. Ini mendorong sebahagian penduduk untuk menjadikan laut sebagai sumber pendapatan.

Dengan purata tangkapan yang mampu mencapai sehingga 800 kilogram sehari, permintaan diterima juga cukup memberangsangkan bagi usahawan Bubu Emas.

Berbanding pukat atau joran, inovasi bubu emas lebih mudah diselenggara dengan daya tahan yang tinggi.

Syarikat Bubu Emas Labuan juga berkongsi kemahiran dengan menyediakan latihan dan kursus inovasi bubu kepada nelayan tempatan dan juga pihak yang memerlukan khidmat berkenaan. Ia turut disokong Perbadanan Labuan serta agensi kerajaan yang lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini