Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun 9 bulan kritikal dipercayai tertelan dadah ketika dibawah jagaan bapa saudaranya di Kuala Krai, Kelantan, semalam.
 
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai pukul  5 pagi semalam oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan.
 
Pemeriksaan mendapati badan kanak-kanak berkenaan mengandungi dadah jenis methampethamine.

Susulan itu bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan akan direman hari ini.

Hasil soal siasat, suspek mengaku membawa anak saudaranya ke suatu tempat namun menafikan memberi kanak-kanak itu dadah.
 
Suspek turut positif dadah jenis methampetamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Polis  juga sedang menjalankan siasatan sama ada berlaku kecuaian pada ibu bapa kanak-kanak malang itu. Datuk Muhamad berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku dalam sejarah negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini