Seorang budak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas siling akibat dilambung sepupu lelakinya dalam kejadian di Ampang, Selangor, Ahad lalu. Kanak-kanak itu parah di kepala dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan di hospital. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata, suspek melambung mangsa yang sedang menangis ketika bermain bersama dan mengenai bilah kipas berkenaan. Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini