Susulan kes kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah di Kuala Krai, Kelantan.

Kanak-kanak terbabit dipercayai memasukkan bahan larangan jenis methampethamine ke dalam badan yang ditemui dalam kenderaan milik saudaranya.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa ditinggalkan suspek dalam kereta jenis Proton Saga selepas mendapatkan bekalan dadah.

Serentak itu, polis membuat serbuan berasingan menerusi Op Tapis Khas ke beberapa ‘lokasi panas’ dadah di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dan menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini