Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuka lebih banyak peluang kepada warga profesion teknikal untuk mengisi jawatan strategik dan pembuat dasar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,menyatakan, usaha itu wajar dirintis bagi merealisasikan perkhidmatan awam berprestasi tinggi melalui pemimpin yang berkepakaran, berinovasi dan berani menghadapi cabaran bersandarkan nilai integriti, akauntabiliti serta ketelusan.

Beliau memberi ucaptama perasmian Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2021, secara maya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan, para pekerja dalam bidang teknikal melengkapkankan diri dengan kemahiran terkini berdasarkan perkembangan teknologi dan keperluan industri masa hadapan.

Selain perlu realistik dengan kemampuan anak-anak Malaysia untuk diberikan pendedahan dan menyumbang kepakaran teknikal ke pentas antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di peringkat global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini