Baru-baru ini tular foto bayi empat bulan yang cedera akibat terkena durian yang gugur.Selepas menerima kecaman netizen, ibu bapa Megat Muhammad Kays Muhaddin Megat Zarulfais tampil memberi penjelasan.Menurut Norfarahana Baharudin, 26 tahun, ketika kejadian dia sedang mendukung bayinya sambil bersiar-siar di halaman rumah selepas anak bongsu daripada dua beradik itu menangis.Bayi itu kini dilaporkan stabil dan aktif walaupun cedera di muka dan tangan kiri akibat terkena duri durian seberat kurang satu kilogram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini