Baru-baru ini tular foto empat anggota bomba menunaikan solat beralaskan baju kalis api di atas jalan. Foto yang dikongsi ‘Friends of Bomba Malaysia’ itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Warganet memuji tanggungjawab anggota bomba yang terpaksa bertungkus lumus memadam kebakaran walaupun di bulan Ramadan. Kejadian berlaku pada Isnin di Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Operasi memadam api kebakaran lalang itu mengambil masa hampir tiga jam yang berakhir pada 9.17 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini