Susulan tular satu rakaman video yang mendakwa kononnya makhluk alam ghaib berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Jamek Kampung Banggol Peradong, Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Banggol Peradong, Zulkifli Mamat menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan ia hanya gurauan, namun bertukar serius selepas ia tersebar di media sosial.

Katanya, siasatan mendapati ia dirakam sesetengah pihak dengan niat untuk bergurau dengan jawatankuasa yang ditugaskan membaik pulih CCTV di dalam masjid berkenaan.

Jawatankuasa berkenaan juga tidak tahu bagaimana rakaman itu boleh tersebar.

Zulkifli memohon maaf di atas kejadian tersebut dan memberitahu bahawa orang ramai tidak perlu takut untuk menunaikan solat di masjid terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini