Cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawah seliaan Parlimen bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr.Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bagi memastikan SPRM berkesan, ia perlu beroperasi secara bebas.

Jelas Datuk Seri Dr.Wan Junaidi dalam satu kenyataan, penubuhan SPRM dibawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) adalah untuk memastikan kebebasan suruhanjaya dan ini tidak boleh dikompromi dalam apa cara sekalipun.

Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak yang mencadangkan supaya SPRM diletakkan dibawah seliaan Parlimen dengan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu ditentukan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Langkah itu disifatkan pelbagai pihak sebagai bukti kesungguhan kerajaan untuk melaksana agenda pembaharuan institusi Parlimen, seiring dengan Memorundum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini