Bukan UFO, sebaliknya ia barisan satelit yang dalam perjalanan merentasi orbit.

Pemandangan menakjubkan ini dirakam di langit Switzerland pada Isnin lalu.

2 Disember lalu, syarikat aero angkasa, SpaceX telah melancarkan kira-kira 50 satelit Starlink dari Florida, Amerika Syarikat.

Kesemua satelit itu dilapor dilancarkan serentak ke orbit.

SpaceX dimiliki individu terkaya dunia, Elon Musk.

Elon Musk bercadang untuk melancarkan beribu-ribu satelit dalam usaha menambah baik perkhidmatan internet global.

Beliau juga bercita-cita untuk membina penempatan manusia di planet Marikh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini