Bukit Bendera menerima sijil pengiktirafan sebagai tapak rizab biosfera di bawah Program Manusia dan Biosfera (MAB), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berkata UNESCO pada 15 September tahun lepas, telah meluluskan pencalonan Bukit Bendera dengan keluasan 12,481 hektar sebagai tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga, selepas Tasik Chini, Pahang dan Banjaran Crocker, Sabah.

Bukit Bendera merupakan salah satu tapak antara 727 tapak rizab biosfera di dalam ‘The World Network of Biosphere Reserves’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini