Seiring semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan Bulan Keluarga Kebangsaan dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia mulai tahun ini.

Menurutnya, sambutannya yang diraikan pada bulan November, akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia, sekali gus menjamin kemakmuran dan perpaduan sebuah keluarga yang besar. Beliau berucap pada majlis Pelancaran Sambutan BKM 2020 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi, selain penyertaan kementerian-kementerian dan kerajaan negeri sebagai penggerak utama program, kerajaan juga amat berharap sektor swasta, Badan Bukan Berkanun (NGO) dan komuniti turut mengambil bahagian agar program kesejahteraan keluarga dilaksanakan sebaik dan sebanyak mungkin mengikut kapasiti masing-masing.

Penganjurannya juga boleh dilakukan pada peringkat nasional secara gandingan kerjasama dengan agensi kerajaan sebagai satu acara nasional negara bagi mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Sambutan BKM dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini