Bulan Sabit Merah (BSM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan misi bantuan pasca banjir di Jelebu.

BSM giat memberi perkhidmatan membersihkan kediaman serta khidmat nasihat berkaitan kesihatan kepada penduduk terjejas banjir.

Menurut Naib Pengerusi BSM, Ritakamal Mohd Yunus, seramai 40 sukarelawan terdiri daripada anggota BSM, Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) USIM dan Kor Bomba USIM turun padang pada misi berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini