Penyanyi rap, Bunga Isme, dipilih oleh Siti Nordiana untuk berkolaborasi menerusi single duet, Amaran.

Mengakui teruja dapat berkolaborasi dengan penyanyi berpengalaman, Bunga tidak pernah menyangka Siti Nordiana  menghargai bakatnya sebagai penyanyi baharu.

Menurutnya, single duet bergenre hiphop yang dilancar pada 26 November itu berkisar pemerkasaan wanita.

Dalam perkembangan lain, Bunga kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan sejak Ogos lalu.

Bunga mula mencipta nama selepas tular mengenakan baju kurung dan berhijab sambil melontarkan bait-bait rap ketika muncul dalam program anjuran Joe Flizzow, 16 Baris pada 2019.

Terdahulu, Bunga pernah tampil menerusi single Bunga, Apedehal dan 300 Saat berduet bersama Amzar Sabri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini