Seorang lelaki di Kota Bharu, Kelantan direman enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh jirannya.

Dalam kejadian yang berlaku semalam itu mangsa yang merupakan warga emas disyaki dipukul kerana berselisih faham mengenai lokasi menanam pokok.

Perintah reman terhadap susupek berusia 62 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Tempoh reman berkuat kuasa sehingga Rabu ini.

Semalam media melaporkan seorang lelaki warga emas maut akibat serangan jantung dan mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul jirannya dengan kayu.

Pergaduhan dipercayai tercetus selepas mangsa didakwa menanam pokok di laluan orang ramai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini