Hukuman mati dikenakan kepada 20 mahasiswa di Bangladesh selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang mengkritik kerajaan.

Mayat, Abrar Fahad, 21 tahun ditemui di asrama universiti beberapa jam selepas membuat hantaran di Facebook yang menyelar tindakan Perdana Menteri, Sheikh Hasina menandatangi perjanjian perkongsian air dengan India.

Mangsa dipukul dengan kayu kriket dan beberapa objek tumpul selama 6 jam oleh 25 pelaku. Baki lima lagi pelaku dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini