Seorang anggota tentera bersama rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pesara tentera, awal bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Mohd Hafidz Ibrahim, 34 tahun dan Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Farah Syahidah Mohd Noh.
 
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menyebabkan kematian Mohd Zaki Md Aluwee, 42 tahun, antara pukul 5.30 petang hingga 10.50 malam, 10 Oktober lalu. Kesalahan dilakukan di hutan bebas jarak lebih kurang 60 meter daripada Jalan Kubu Gajah-Lenggong, Selama, Perak.
 
Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini