Penduduk di Port Dickson diingatkan tidak gusar sekiranya terdengar bunyi letupan atau pesawat dalam tempoh terdekat.

Komandan Akademi Tentera Darat, Brigedier Jeneral Ajis Sharif berkata, ia sebahagian latihan Tentera Darat untuk segmen demonstrasi dinamik dalam konsep Peperangan Konvensional.

Sejak latihan bermula 17 Februari lalu, ia berlarutan sehingga Sambutan Hari Tentera Darat 1 Mac nanti.

Sambutan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson itu akan diadakan secara langsung di kawasan Teluk Kemang bermula 8:30 pagi.

Tema sambutan tahun ini, Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini