Seramai 10 lelaki ditahan selepas didapati memburu binatang di luar kawasan dibenarkan di Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor, semalam.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 55 tahun, ditahan kira-kira pukul 7 malam,bersama dua kenderaan pacuan empat roda dan seekor babi yang sudah ditembak mati.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan orang awam mengenai kegiatan menembak babi di kawasan berkenaan.

Kesemua 10 individu yang ditahan, kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis sekitar pukul 11 malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Senjata Api 1960.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini