Malaysia komited memastikan perlindungan hak pekerja asing wanita di negara ini terus terpelihara.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia menerusi pendekatan pelbagai program dan aktiviti yang menekankan kebajikan sosial, perlindungan, dan hak sosial wanita.

Menerusi  teks ucaptamanya dalam  Dialog Serantau yang dibaca Timbalan Ketua Setiausahanya,  Datuk Cheong Loon, beliau berkata, kerajaan akan terus mengambil semua langkah mencegah dan menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi dan penganiayaan terhadap buruh migran wanita melalui kerjasama pelbagai pihak.


Beliau berkata demikian dalam ucaptama Dialog Serantau : Kepekaan Media mengenai Buruh Migran Wanita anjuran Institut Pembangunan Penyiaran Asia-Pasific (AIBD) secara maya.

Sehingga Oktober ini , terdapat 221 ribu 309 buruh migran wanita yang merangkumi 19.44 peratus tenaga kerja migran di negara ini kebanyakannya bekerja dalam sektor domestik dan pembuatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini