Satu busana direka begitu unik iaitu menggunakan misai lelaki.

Ia hasil kolaborasi jenama pakaian lelaki di Australia, Politix bersama pelukis visual, Pamela Kleeman-Passi.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada ‘Movember’ yang merupakan acara tahunan menggalakkan golongan lelaki di seluruh dunia menyimpan misai dalam bulan November.

Langkah itu bertujuan memupuk kesedaran mengenai masalah kesihatan serius dalam kalangan lelaki seperti kanser prostat dan testikel. 

Busana ‘misai lelaki’ ini diberi nama ‘Mo-Hair’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini