Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan tahun ini.

BWF menyatakan pembatalan kejohanan ‘JELAJAH DUNIA SUPER 750’ itu bersama pengumuman jadual baharu kalendar 2022 melalui laman sesawang rasmi mereka.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund memaklumkan tentatif tahun hadapan mempunyai beberapa kejohanan kluster, dirancang bagi mengatasi masalah kesukaran pergerakan antara negara.

Bagaimanapun BWF berharap perubahan secara beransur-ansur dalam penganjuran kejohanan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Pada masa sama BWF turut mengumumkan Terbuka Malaysia bagi edisi tahun hadapan dijadualkan berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti dengan Masters Malaysia 5 hingga 10 Julai.

Terbuka Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 25 hingga 30 Mei di Arena Axiata sebelum ini ditangguhkan kesan daripada kes COVID-19 yang melambung ketika itu.

Edisi 2020 yang dijadual pada 31 Mac hingga 5 April tahun lalu juga turut dibatalkan akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan ketika itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini