Tiada wakil Malaysia beraksi dalam final Jelajah Dunia Akhir BWF selepas tiga wakil negara terkandas di separuh akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali

Keputusan paling mengecewakan ialah apabila pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia, dikejutkan pemain  ranking ke-23 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-18, 21-18.

Kunvalut yang juga juara  remaja dunia sebanyak tiga kali, berdepan kekalahan 21-15, 21-16 kepada Zii Jia dalam perlawanan Kumpulan B Rabu lalu.

Namun, kali ini dia membalas kekalahan itu  ke atas Zii Jia dalam perjalanannya menuju ke perlawanan akhir buat kali pertama musim ini.

Selepas ini, Zii Jia menyertai Kejohanan Dunia yang dijadual pada 12 hingga 19 Disember ini di Huelva, Sepanyol.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini