Satu jawatankuasa khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula bermesyuarat pada Khamis untuk memutuskan sama ada cacar monyet perlu diisytiharkan sebagai “kecemasan kesihatan awam” global, di tengah-tengah penularan wabak itu.

Jawatankuasa itu juga akan menasihati ketua WHO sama ada wabak itu mencetuskan Kecemasan Kesihatan Awam yang menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC), iaitu peringkat amaran tertinggi WHO.

Sejak awal Mei, kes cacar monyet telah direkodkan di pelbagai negara bukan endemik, termasuk laporan penularan di beberapa negara endemik.

Setakat 21 Jun, sebanyak 2,746 kes cacar monyet telah dikenal pasti di 29 negara di seluruh rantau Eropah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini