Kebimbangan terhadap jangkitan cacar monyet terus mendapat perhatian dunia.

Terbaharu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bakal mengadakan mesyuarat tergempar mengenai jangkitan tersebut.

Ia bagi memutuskan sama ada wabak itu dikategorikan sebagai krisis kesihatan awam yang membimbangkan dunia.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, penyebaran kes cacar monyet luar biasa dan merisaukan.

Atas sebab itu, beliau memanggil Jawatankuasa Kecemasan bagi membincangkan perkara tersebut.

Jawatankuasa dijadual bermesyuarat pada 23 Jun.

Sebanyak 1,600 kes cacar monyet telah disahkan, manakala 1,500 kes lagi sedang disiasat dan 72 kematian dilaporkan sepanjang tahun ini melibatkan 39 negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini