Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran risiko cacar monyet di negara bukan endemik adalah nyata selepas lebih 1,000 disahkan.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus bagaimanapun berkata, agensi kesihatan itu belum mengesyorkan vaksinasi besar-besaran bagi mengawal penularannya.

Beliau berkata, kemunculan cacar monyet secara tiba-tiba dan tidak dijangka di luar negara-negara endemik tersebut menunjukkan kemungkinan terdapat penularan yang tidak dapat dikesan dan lam tempohnya tidak diketahui.

Antara gejala awal cacar monyet termasuk demam panas, nodus limfa bengkak dan ruam seperti penyakit cacar. WHO katanya, juga prihatin tentang risiko virus itu terhadap kumpulan yang lemah, termasuk wanita hamil dan kanak-kanak.

Setakat ini, 29 negara bukan endemik terjejas penularan cacar monyet namun tiada kematian akibat wabak itu dilapor. Satu kes cacar monyet di negara bukan endemik dianggap sebagai penularan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini