Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mendapatkan ribuan kit ujian saringan cacar monyet untuk Afrika dan berusaha untuk memastikan benua itu mempunyai akses sama rata kepada vaksin sekiranya perlu.

Pengarah WHO Afrika, Matshidiso Moeti berkata, 8 negara Afrika kini telah mengesahkan kes cacar monyet.

Ini termasuk Nigeria, Cameroon dan Republik Demokratik Congo.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika, benua itu telah mengesan 1 ribu 597 kes yang disyaki virus itu sejak awal 2022, di mana 66 daripadanya telah membawa maut.

Tambah Moeti, walaupun pihaknya tidak mengesyorkan vaksinasi besar-besaran pada peringkat ini, mereka perlu memastikan ia bersedia sekiranya perlu.

Stok global suntikan vaksin cacar yang menawarkan perlindungan terhadap cacar monyet sangat terhad pada peringkat ini.

WHO kini sedang berusaha untuk memastikan akses yang adil kepada vaksin dan rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini